Monday, December 7, 2009

hantaran pak su

ini suma brgan hantaran kawin pak su aku . tema hitam gold.
digital frame

biskut

cincin


bekas cincin


chocolate


toiletteries


kotak hantaran

duit hantaran

Thursday, December 3, 2009

hantaran

apa di dlamnya? cuba teka???

haha...chocolate...


buku... di letakkan di atas dulang


2 buah buku zomm dekat sikit..

Wednesday, December 2, 2009

misi kemanusiaan padang, indonesia




.


lama aku xupload blog ni . rasanya last b4 raya tu . berlalu bz. hahaha.. xda la sgt . kalut buat apa yek .. ntah la . sedar2masa berlalu mcm tu ja .



cuma lately ni mmg agak bz . mula2 dpt sms utk misi kemanusiaan ke thanaf . cumanya xcomfirm . jadual penerbangan asyik pospone . alikh2 dpt sms utk misi ke padang utk menemani dr kursiah (kak yong) . padahal aku br ja jmp kak yong . pelik2 trus aku call k.yong tanya . dia masih menunggu jawapan utk ke thanaf . tp dia juga register . alih2 bila aku dah register k.yong bg tau dia nak ke thanaf . aduh.. aku sengsorg . aku pikir mcmna ya . dah la xbiasa ngan misi2 luar ni . klu stakat misi banjir di sini biasa la . xpa la aku takawal ja la .
bermula la preparation aku utk ke padang . daripada persiapan barangan sehinggalah preparation dalaman .
bila semua dah prepare aku seorang diri ke kl . di kl ada anggota HALUAN pick up . ops.. tulis punya la panjang . lupa nak bg tau ... aku p misi bantuan kemanusiaan bersama NGO HALUAN . banyak yg aku pelajari semasa di sana . ak citer panjang sgt . enty kali ni aku nak upload pic ja . nak lbih pic lg dlm facebook aku .

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya ....

selamat ari raya buat semua sahabatku sekalian.. tahun ni aku cuti selama 1minggu . best gak cuti lelama ni . blh lepak d umah shopping, msk, mkn tido ..
utk raya kali ni xsmpt nak bergambar raya . yg ada gambar2 xformal ja. xkisah la janji ada gakkan.


berraya di rumah sahabat baik family ku



berraya dr satu rumah ke suatu rumah



di sekitar kg..



suasana raya di rumah tok ku..



bersalaman dengan maktok ku



memohon ampun maaf dr ayahanda dan bonda



tazkirah raya oleh ayahanda

Tuesday, September 15, 2009

kuih takor



bahan2nya

bahan A
40 oz air pandan
4 oz tepung kcang hijau
1/4 tsp soda bicarbonate
61/2 oz gula

bahan B
40 oz santan
3 oz tepung kacang hijau
5 oz gula
1/2 tsp garam
1/4 soda bicarbonate

cara2nya
bancuh bahan A dan kacau di atas api yang sederhana
bancuh bahan B dan kacau di atas api yang sederhana
bila masak , tuang selang seli antara bahan A dan bahan B ke dalam bekas kaca / loyang
sejukkan ... siap boleh di makan ...





kad raya dah siap...

alhamdulillah siap juga kad raya . jenuh juga la nak siap kad ni. this week bizi sgt2 . nak bg gaji awal utk staff , bg bonus la, edar hamper , sumbangan pd fakir miskin , account utk infaq ramadhan .. byk la . tp aku suka keja ni . aku enjoy sgt2 . klu org lain ckp aku no bodoh sbb xminta keja lain ..xpdn ngan qualification aku. gaji yg di beri sikit. tp aku rasa ok ja . xda tekanan , keja happy , makan senang hati , tido pun senang , gi keja jln kaki , bos bagus , cuma gaji ja la . klu aku bg tau suma org ckp xpadan ngan degree yg aku ada . peduli pa ngan degree . janji hati bahagia . hahaha.. eh.. apa yg aku merepek ni .
dah2.. berbalik pada citer card raya ..
aku dah siap kan beberapa keping kad cumanya ... ari tu aku offer kengkawan minta bg address sapa pun xbg . so..xpa ja la aku hantar pd kwn2 yg aku simpan adreess .
xda la lawa sgt , huduh ja kad aku ni.. tp rasa mcm ada sentimental value la sbb aku buat sendiri hasil kerja tangan ku yg x seberapa ini. huhuhu...



ini antara card raya yg aku buat sendiri




baju melayu lelaki



ketupat....



baju kebaya




baju kurung ..

Sunday, September 6, 2009

card raya utk sahabat2ku..

salam suma... sedihnya nak tinggalkan ramadhan ni. ntah thn depan jumpa lg x ngan ramadhan ni. mcmna ngan ibadah ramadhan kali ni? mudah2an bertambah dari thn lps,insyaallah...
di bulan ramadhan yg mulia ini aku ingin merapatkan lagi tali silaturahim dgn sahabat2ku sekalian. untuk itu aku rasa nak buat sedikit kelainan . amalan ni dah jarang di buat sbb skrg kemudahan spt internet dan sms lbh d gemari . mungkin kerana cepat dan murah . tp bila di fikir2 .. xda sentimental value la. ia la xleh di pegang dan rasa . perasaan pun lain bila kita dpt kad yg di pos . jadi aku nak amik kesempatan raya kali ni nak bg kad raya pd kengkawan aku semua , insyaallah .
kepada kengkawanku sekalian.. jika tidak keberatan dan mahukan card raya buatan tangan ku, sila tinggalkan nama dan alamat utk saya poskan card raya... sekian terima kasih suma...

Saturday, August 29, 2009

murtabak roti

hiihih... ini juadah berbuka puasa aku sekeluarga smlm. mulanya mak cadang nak buat karipap . aku ckp klu karipap kena goreng . hmm.. goreng minyak lg. oklah kita tukar kepada pie daging . ok set . dalam kul 2-00 ptg aku, mom n angah kuar . kononnya nak shopping jap ja sbb nak beli tudung, beli kasut school tp terbabas pula . mau nyer xterbabas gi tgk baju baby la. pastu aku ngan angah terbekenan baju utk pki time raya. jenis fabrik linen pastu jahitan nyer ada jahitan benang. trus berkenan . smpt lg msk fitting room menerai . hihihihih. smpi rumah dah jam 6.00 mana dgn pastre xsiap lg. nasib la inti dah siap. so.. tukar plan . minta abah belikan roti dan susu . xjd pie daging jadi murtabak daging. aku yg bg nama murtabak daging. xtau la klu korang ada nama yg sedap utk di berikan kpd resepi ku ini. roti di selang seli dgn inti daging dan terus di bakar, aku rasa ok kot panggil murtabak roti.

roti


inti yg bakal di selang selikan dengan roti


bila sudah susun roti tuangkan susu ideal + telur


di lapiskan dengan inti


kemudian di lapiskan dengan roti sekali lagi menjadikan roti 3 lapis


akhir sekali roti di susun dan di tuang dengan susu ideal , telur dan butter cair. sedia untuk di bakar...

Friday, August 28, 2009

mesin jahit tepi...

xda apa nak story.. cuma 2 hari lepas mak ku keluar utk beli mesin. sblm ni abahku dah survery price utk mesin jahit yg baru rm1800.00 yg secondhand rm800 ja. ptg dlm kul 6.00ptg diaorg kuar nak beli mesin. sbnrnya .. kat umah aku ni dah ada mesin jahit tepi , tp mak .. biasa la baik hati sgt. di sedekahkan mesin tu pd kawan dia. katanya mesin tu susah sikit2 benang asyik putus . rupanya bila dah bg pd kawan mak mesin di baiki sikit trus dah ok . hihihi. xpa la . susah juga xda mesin jahit tepi ni. sikit2 nak kena hantar kedai. alih2 skrg ni musim org dok wat baju raya ,mmg Q la kedai jahit tepi kain . dengan adanya mesin jahit tepi kat umah tengah2 mlm pun leh mjahit. berbalik pada citer mesin jahit tepi mak tu... setelah mak gi tgk mesin dia beli mesin yg baru . so skrg senang sikit nak mjahit baju. lps potong kain leh terus jahit tepi kain then trus leh jahit kain tu.

Saturday, August 22, 2009

star flower - ended

weekend smlm xbuat apa cuma habiskan jahitan beads pd baju tu. ops.. sblm tu utk semua kengkawan saya nak ucapkan ..

May Allah accecpt our prayers, fasting and all our deeds. May Allah grant us Jannatul Firdaus.. Amin....

cuti jumaat sabtu apa lgi menghabiskan jahitan star flower pd lengan baju riau tu la. bila sudah siap jahit beads tu . lepas tu siapkan baju2 yg xsiap . mesin mak alhamdulillah makin ok , xla suka terkeluar benang sgt . jahitan pun nmpknya smooth ja .

jahitan beads yg aku jahit ni aku lakarkan dahulu baru mula jahit. tgk la hasilnya . agak2 ada ke org nak tempah jahit beads ni yek . saja suka2 ja menjahit ni.

pic yg di bawah ni menggunakan teknik straight line ja.
inilah star flower yg telah siap


dan akhirnya... inilah hasilnya... komen sikit...