Thursday, November 17, 2011

kambing golek di hari raya aidil adha

hubby tgh golek kambing...




syukur sgt dpt jmp adik2 , suma pakat balik cuti walaupun keja sgt. plan nak wat gathering family . my hubby cari seko kambing then proses. suma bahan saya yg siapkan dan perap utk di golek mlm hari raya tu .





Bahan2

Sekor kambing

Bahan Kisar:
200g Bawang Putih
100 g Bawang Merah
100 g Halia
300 g serai
200 g lengkuas

600 ml Minyak zaiton
4 nos Jus Lemon
2 cup Serbuk Kari Daging
2 tbsp Serbuk Jintan Manis
3 tbsp Serbuk Lada hitam
5 tbsp Serbuk Cili2 cawan Air
8 tbsp Serbuk Pati Daging
1/2 cawan Gula
6 tbsp Garam secukup rasa
100g garam masala

Cara2
Perap kambing dengan bahan yang kisar selama 8 jam.
Cucukan kambing yg telah di perap td dengan buluh kemudian boleh la mula mengolek.

Bolehlah dihidang dengan salad tomato ,timun, bawang dan sadery.

Thursday, August 25, 2011

bekas jarum dgn doughnut felt

jarum2ku berselerak bila mula menjahit. hubby tegur.. jarum honey ni merata2 la bahaya bila terkena sapa2. pikir punya pikir maka tercetus la idea nak wat bekas jarum ni menggunakan bahan2 yg terbuang. mcmna nak cucuk jarum. terpikir nak wat doughnut felt... maka terjadilah.. bekas mcm ni...



bekas jarum yg belum siap



doughnut felt



ada hiasan beads lagi u...



dah boleh cucuk



hiaskan sikit ngan ribbon..


tadaaa.. dah boleh cucuk jarum..



dah siap pun hasil usaha ku ini.. hehehhe.. semoga hubby x tegur lagi jarum merata2..

Tuesday, August 23, 2011

rose felt brooch

raya dah nak dekat.. baju raya xbeli lagi.. huhuhu.. nmpknya kena pakai baju kawin last year .. xpa la.. nak cipta kelainan .. apa kata wat brooch boleh juga pakai raya...



tadaaaa... rose felt brooch



mcmni la rupanya bunga rose ku...



ni model ku try pakai kat tudung comel x ??

Thursday, July 14, 2011

projek membuat dress akifah

dengan bersemagatnya aku try nak buat dress akifah (anak sedaraku) . masalahnya xda mesin jahit . hahaha.. terre x aku jahit pakai tangan ja. skrg br fasa pertama. ambil dress yg sedia ada untuk di jadikan rujukan . start la menggunting . tak tau la berjaya @ x sama-sama la kita saksikan cara-caranya .

Friday, July 8, 2011

baby dress pattern

last week saja jalan2 cari baju akifah ngan kak cik. kononnya ada offer la. pegang baju ni sehelai rm80. pegang baju ni harganya rm69. aduhh.. sian kak cik. dah la budget cukup2 ja. mahalnya... harga baju baby lebih kurang harga seluar lelaki dewasa. parah gak la. pakai xdan 2 3 bulan dah xmuat . mmg xberbaloi la.
aku buat decision, p beli kain cotton nak buat sendiri baju akifah. kain cotton yg mahal pun br semeter rm 30.
balik dari shopping aku bg tau mak yg aku nak buat sendiri baju akifah. hahaha.. mcm terrer ja . xpa skrg kan dunia tanpa sempadan bukan.. apa susah .. Mr Google kan boleh tolong carikan . trus surv . kan dah jumpa .. utk kawan2 yg nak blajar boleh ja minta tolong Mr Google. dia xpernah kedekut ilmu. hahahaha..
korang juga boleh tengok kat sini . http://www.made-by-rae.com/2008/04/free-itty-bitty-baby-dress-pattern.html . semoga kita sama2 mendapat manafaat dari blog ni .

Friday, June 24, 2011

catering kambing

pic ihsan mr google

20/6 dr fauzi & dr khalidania hajat utk membuat aqiqah anaknya safiyyah yg baru 7hari di lahirkan . kebetulan hubby mmg membela kambing . diaorg trus order dari kami utk di sembelih dan masak . aku amik cuti untuk tolong mama masak . kambing plak Allah izin terlewat smpi . kambing kampung australia jenis feral . agak besar juga kambing tu . harga kambing tu rm650 . itu tidak termasuk dgn upah sembelih, lapah , cincang dan masak. kambing tersebut dimasak kurma dan ayam masak merah. alhamdulillah feed back dari dr diana bagi tau yg masakkan kami sedap. syukur alhamdulillah . utk kawan yg berhajat kambing utk di makan , aqiqah , korban boleh la order dari ku . lain2 masakan juga di sediakan . ikut permintaan pelanggan ...

Thursday, June 23, 2011

sedikit ujian




Allah izin aku telah di masukkan ke wad HSB. kata doc aku alergic dgn antibotik. wallahua'lam la.. kaki aku jd merah2 dan bengkak. bila result blood test xda apa masalah cuma hb rendah. mmg aku ada aniemia. hb aku 8 . dulu pernah hb aku 4. smpi kena tmbh darah . itu citer 2007 la. skrg kes kaki bengkak n merah2. mula2 dr housemen tu suspect buah pinggang. aku dok ague gak ngan dia, aku cuma bengkak kaki bukan muka . lgpun urin test aku normal . xda sbb buah pinggang . air kencing xkotor , kencing xberdarah, muka xbengkak mcmna boleh dia ckp buah pinggang . buat aku takut ja la doc ni.. bila dah tau suma result mmg xda sakit buah pinggang la. aku bukan jenis yg minum manis, yg kurang minum air . slalu ja minum air kosong. pelik juga la klu aku sakit buah pinggang . dah dekat kul 11 mlm br MA dtg. at last diaorg refer aku kat skin clinic . kena incharge wad smpi 5hari plak tu. aduhhh.. letih la duduk wad . boring la. nasib hubby dtg teman mlm. yg peliknya penyakit aku ni mlm2 ja jd bengkak n merah2 . smpikan xboleh bgn , xleh jln . kena di bantu . nak solat jgn citer la kena duduk atas kerusi . bila pagi aku boleh drive keta dtg keja . mcm buat2 . ntah la . iktiar juga minta air dr ustaz. dah 2 minggu ni nmpk la perubahan . alhamdulillah syukur padaMU ya Allah.. bila sakit mmg terasa sgt2. kena sepenuhnya pergantungan pada Allah . terasa sgt kita ni hamba yg terlalu lemah . kena mengharapkan bantuan . bila xleh berjalan, hubby yg bantu nak bangun mmg rasa lemahnya aku ni.. Allah baru ja uji dengan ujian sakit mcm ni . aku xterdaya langsung . dengan izinNYA juga yg boleh menyembuhkan sakit ku ini . kadang2 kita terlepas padang bila kita sihat. lupa nak bersyukur dgn nikmat sihat. bila sakit baru la terasa sgt2. terima kasih ya Allah kerana menyembuhkan aku...


Sunday, May 29, 2011

hantaranku ...

sejadah hadiah daripada mak cik milah. aku cuma hias sikit2 ja.



hahhaha... kawin dah dekat setahun baru nak tunjuk hantaran yg di buat khas untuk ku . idea asal my sis la nabilah @ cek nab . thanks a lot .. jom layan hantaran kenduri ari tu.. sapa2 yg nak tempah boleh ajer... yg turquoise colour ni hantaran dariku utk hubby.


chocolate


toiletries

handbag n purse

Friday, February 25, 2011

buahan dan tumbuhan

jom kita layan pic buah2an dan tumbuhan2 yg ada .. agak2 bdk2 sekarang dah xkenal la pokok2 mcm ni .. aku pun xbpa kenal sgt tp tau la sikit.. boleh la kita kongsi ilmu ni.. layan..

cuba teka buah apa kah ini??? cepat2...

inilah buah staq . warnanya kuning nak oren . rasanya masam2 manis . sekarang susah sgt nak jumpa buah ni .



ini pula pucuk putat. sedap di makan dgn sambal belacan atau di buat kerabu ...

buah sawa atau buah ciku . warnanya koko . rasanya manis ...


ini buah salak .. rasanya manis2 kelat .



ini plak buah putat . sedap gak buah ni klu di buat sambal . rasanya nak mcm buah petai pun ada . tp xberbau mcm petai . buat plak sambal ngan udang .. pehhh .. sedap ...


ini plak bunga putat . sebelum jd buah mesti la ada bunga ...


sirih?? no..no... ini bukan daun sirih . ini daun kaduk . rupanya mmg mcm sirih tp xsama . rasanya pun xsama . daun kaduk sedap kalau di buat ulam atau kerabu .

ini bunga kantan. biasa org msk asam pedam mesti letak bunga kantan ni . satu lagi laksa utara . klu xda bunga kantan ni x cau la laksa tu ..

pokok pisang . yg color hijau tu pisang . yg color merah tu jantung pisang . pisang pun ada jantung gak . ingat manusia saja ka yg ada jantung . jantung pisang pun boleh di buat kerabu .

mesti korang suma biasa makan ketupat pulut kan?? ha.. inilah pokoknya .. pokok palas . org biasa amik daunnya . tp bukan yg dah terbuka mcm tu , kena amik yg xterbuka lagi . kemudian di buka dan di jemur sblm di masukkan pulut .

ini bunga salak .. kena kacuk bunga janta n bunga betina ....



daun pandan . ini boleh di jadikan aroma terapi . aku slalu amik n letak dlm rumah . mmg wangi rumah . atau kadang2 masak air daun pandan utk di minum .


ini pucuk ubi kayu . ubi kayu ada dlm tanah sbb xkorek lagi .. pucuk ini sesuai di buat ulam dan sayur lemak .


daun asin-asin... di buat sayur air ngan ubi keledek ..


buah limau bali . bukan bali , indonesia tp di belakang rumah mertua ku . hehehhe ... nama ja limau bali . rasanya masam2 manis . sedap di makan dgn garam atau garam belacan atau kuah rojak ...

pokok nenas .. sedap di buat jem, jus , atau gulai ikan talang ...


pokok ini very2 special.. budak2 skrg aku xtau la tau @ x ttg pokok ni . inilah pokok kapas malaysia . hahahahah .. (aku yg bg nama) . ni pokok kabu .. tinggi pokoknya .. buahnya org amik dan di buat bantal tido ...


ini pokoknya ... pokok kabu ..

dah penat2 cerita ni jom layan buah salak kat bawah pokok...