Sunday, December 29, 2013

pancakes with butterscotch source



Bismillah. ...

Salam jumaat semua. Hari ni saya nak kongsi resepi yg mudah n sedap sesuai untuk semua golongan. Dr baby sampai org tua boleh mkn.. utk baby boleh mkn pancakes saja utk kita org dewasa blh la mkn bersama butterscotch.  Jom kita rodger resepi ..

Bahan untuk pancakes
1cawan tepung gandum
1cawan fresh milk
1biji telur
1sudu mentega

Cara2nya
Masukan tepung gandum dalam bekas buat lubang di tengah
Pecahkan telur di tengah lubang tepung td
Gaul n masuk kan fresh milk sedikit2 sambil gaul tepung td.
Panas kan pan .
Masukkan adunan td.masukkan mentega sedikit.
Dah siap boleh di hidangkan.
Pancake ni boleh bg pada anak2. Utk ayahanda n bonda boleh la buat butterscotch source utk di makan bersama pancakes td.

Jom kita tgk resepi butterscotch source recipe plak.
2/3 susu sejat
3/4 brown sugar
2sb butter
1sk vanilla

Cara2nya
Campur semua bahan dalam periuk.dengan api sederhana gaul hingga sebati dan gula larut.
Kuatkan api.kacau hingga mendidih.
Perlahankan api.
Masukkan butter.renehkan sehingga likat.tutul api.
Hidangkan bersama pancake
Boleh di simpan dalam botol utk di makan bersama roti.



Friday, December 20, 2013

banana cake

Bismillah. ..

Alhamdulillah.... selamat petang syukur pada Allah dapat menghiup udara petang. Semalam en hubby belikan pisang untuk anakanda a'liya sofea . Dek kerana byk sangat pisang saya dengan penuh kerajinan buat la kek pisang untuk hi tea kami sekeluarga petsng ni. Jom kita rodger resepi kek pisang ...

Bahan2 nya...
7biji pisang emas di lenyek
1cawan butter di cairkan dan di sejukkan
1cawan gula caster
4biji telur
1cawan tepung gandum*
1st soda bicarbonate*
1st baking powder*
*diayak

hiasaan
2biji pisang berangan

Cara2nya
Leserkan loyang dengan mentega
Panaskan oven 160°c
Pukul telur bersama gula sehingga kembang
Masukkan butter pukul 2 - 3 minute
Masukkan pisang yg di lenyek
Masukkan tepung yg di ayak tadi
Gaul sekata
Tuang dalam loyang yang di leserkan mentega
Potong pisang berangan untuk hiasan
Boleh mula membakar dalam masa 45minit siap
Boleh di hidang kan bersama tea utk makan petang


Tuesday, November 12, 2013

homemade ais cream

Bismillah. ..

Bahan2 untuk homemade ais cream
1/2tin susu pekat (saya guna 1/4 tin saja)
1tin susu cair
1biji telur
1sudu besar ovelet (make sure cr yg halal ya)
1sudu kecil esen vanilla

Tambahan
Biskut oreo, buah2 seperti strawberry,  durian, coklat chip

Cara2..

Masuk semua bahan . Pukul sehingga gebu bercream.
Masukkan tambahan perisa mengikut kesukaan masing2
Isi dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
Bila dah keras boleh hidangkan

Ais cream berperisa Oreo

Ada 3 pilihan ais cream perisa ststrawberry,  durian & oreo

Model ais cream x berbayar...

Saturday, October 19, 2013

potato ball with cheese

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ..

Sebenarnya dah jemu masak bubur / moi untuk anakanda tersayang a'liya sofea.setelah pikir punya pikir dapat la idea.tapi yang paling penting a'liya sofea dapat semua zat yang di perlukan untuk tembesaran.ada karbohidrat, protein,  vitamin dan lain2. jom kita tengok resepi ....

Bahan2 nya
5biji kentang
1/2 batang carrot
Sedikit daun sup
Secubit garam
2keping cheese
1biji telur
Minyak utk menggoreng

Cara2nya
Rebus kentang sehingga empuk
Lenyekkan kentang tadi
Carrot di potong cube kecil
Daun sup di hiris halus
Masukkan garam
Gaulkan semua bahan2 tadi sekata
Jemput bahan tadi letakkan cheese di tengah dan buat bulat
Celup dalam telur
Kemudian panaskan kuali dan goreng sehingga kekuning kuningan
Siap.. boleh dihidangkan...

P/s boleh di masukkan daging / ayam cincang

Hidangan ini bukan saja a'liya sofea yang suka abah a'liya sofea pun suka juga.tp abah a'liya sofea cicah dengan cili sos.


Selamat mencuba....

Friday, October 18, 2013

rendang kambing menggunakan rempah perap serbaguna

Rempah perap serbaguna (rpsg)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ..

Ari ni saya nak kongsi dengan sahabat2 resepi rendang kambing yang saya masak tengahari kelmarin.

Bahan2 nya
500g daging kambing
1pack rempah perap serbaguna(rpsg)
500ml air
100g santan
3biji ubi kentang
Sedikit daun limau perut

Cara2nya
Rebus daging air bersama rempah perap serbaguna
Bila agak daging sudah hampir nak empuk masukkan kentang
Bila air hampir kering masukan santan
Akhir sekali masukkan daun limau perut
Siap. Boleh di hidangkan bersama nasi panas.

P/s resepi ni boleh juga di gunakan untuk daging lembu

Thursday, October 17, 2013

beef pie


Bahan2 utk tart
~150g butter
~10g gula aising
~1biji telur gred c
~290g tepung gandum
~1sudu kecil esen vanilla
~secubit garam

Cara2
Pukul butter dan gula garam dengan senduk
Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung sedikit2
Uli hingga menjadi doh
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan.
Cucuk dengan garfu sebelum bakar
Bakar pada suhu 160°c hingga masak.

Bahan2 utk inti
~Daging 300g di cincang
~1/2 pak serbuk sup adabi
~3ulas bawang merah 1ulas bawang putih sedikit halia ditumbung
~1labu bawang besar*
~1labu ubi kentang*
~1biji cili merah*
~1biji carrot*
~daun sup
~lada hitam
~garam
~3sudu minyak
*potong cube

Cara2nya
Masuk minyak
Tumis bawang merah bawang putih n halia
Masuk rempah sup
Masuk daging cincang
Masuk kentang n carrot
Bila dah agak lembut masuk bawang besar cili merah.daun sup
Masuk lada n garam
Siap

Isikan inti td dlm pie hias dengan cheese
Bakar 5minit
Siap

Wednesday, June 5, 2013

cheese tart

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANG



Alhamdulillah... syukur kepada Allah yang memberi rezeki... atas permintaan junior sekolah saya nakkan resepi cheese tart. Semoga sedikit ilmu ini boleh di kongsi bersama2.

Bahan2 utk tart
~150g butter
~50g gula aising
~1biji telur gred c
~290g tepung gandum
~1sudu kecil esen vanilla

Cara2

  • Pukul butter dan gula dengan senduk
  • Masukkan telur dan esen vanilla. 
  • Masukkan tepung sedikit2
  • Uli hingga menjadi doh
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan. Cucuk dengan garfu sebelum bakar
  • Bakar pada suhu 160°c hingga masak.
Cream cheese filling

Bahan2 utk cream cheese filling
~250g cream cheese
~50g castor sugar
~1biji telur
~1/2 sudu esen vanilla

Cara2
  • Putar cream cheese dengan castor sugar hingga berkrim
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling  ke dalam kulit tart. 
  • Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 160°c   


Thursday, May 30, 2013

American moist chocolate cake

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

assalamualaikum semua...

atas permintaan kawan saya minta saya upload kan resepi American chocolate cake.

Ingredients

~ 300g butter @ 11/4 ketul butter
~ 12 1/2oz caster sugar
~ 10oz flour
~ 4oz coco powder
~ 6eggs
~ 1 1/2tbs barking powder
~ 10oz water
~ 1 1/2tbs vanilla

Method

~ pukul butter & sugar smpi putih
~ masuk telur & vanilla
~ masuk tepung selang seli dgn air.
~ kacau sekata
~ masuk dlm loyang / paper cup
~ bakar pd suhu 160c api atas bawah
~ bakar selama 45minit
~ tadaaaa..... sudah siap

Utk topping

~ chocolate bar
~ whipping cream
~ double boiler chocolate sehingga cair bila dah cair masukkan whipping cream
~ kacau bagi sekata
~ bila suam2 kuku baru tuang atas chocolate cake tadi

Utk hiasan

~ boleh guna chocolate rise
~ fresh fruit

Topping chocolate + chocolate rise

Topping cream cheesee + Chocolate with blueberry

 
Topping chocolate + fresh strawberry


Sunday, May 12, 2013

fruit tart

Salam rejab buat semua.sempena dgn bln yg penuh barakah ini saya mengambil peluang utk mempromosikan fruit tart saya. fruit tart ni sesuai di jdkan hadiah, hantaran, atau utk di mkn. buah2 yg di tawarkan strawberry,  kiwi n blueberry.  Pilihan filling yg di sediakan ialah filling cream cheese,  kastad, chocolate



ini sample fruit tart utk di jadikan hantaran

Saturday, January 5, 2013

tempahan dr pn zana

assalamualaikum semua...

selamat tahun baru 2013.. mudahan2 tahun baru ini penuh dgn azam dan semangat yg baru.. alhamdulillah sempena tahun baru ini saya sempat menyiapkan jahitan manik yg di tempah dr pn zanariah..