Sunday, December 29, 2013

pancakes with butterscotch source



Bismillah. ...

Salam jumaat semua. Hari ni saya nak kongsi resepi yg mudah n sedap sesuai untuk semua golongan. Dr baby sampai org tua boleh mkn.. utk baby boleh mkn pancakes saja utk kita org dewasa blh la mkn bersama butterscotch.  Jom kita rodger resepi ..

Bahan untuk pancakes
1cawan tepung gandum
1cawan fresh milk
1biji telur
1sudu mentega

Cara2nya
Masukan tepung gandum dalam bekas buat lubang di tengah
Pecahkan telur di tengah lubang tepung td
Gaul n masuk kan fresh milk sedikit2 sambil gaul tepung td.
Panas kan pan .
Masukkan adunan td.masukkan mentega sedikit.
Dah siap boleh di hidangkan.
Pancake ni boleh bg pada anak2. Utk ayahanda n bonda boleh la buat butterscotch source utk di makan bersama pancakes td.

Jom kita tgk resepi butterscotch source recipe plak.
2/3 susu sejat
3/4 brown sugar
2sb butter
1sk vanilla

Cara2nya
Campur semua bahan dalam periuk.dengan api sederhana gaul hingga sebati dan gula larut.
Kuatkan api.kacau hingga mendidih.
Perlahankan api.
Masukkan butter.renehkan sehingga likat.tutul api.
Hidangkan bersama pancake
Boleh di simpan dalam botol utk di makan bersama roti.