Friday, February 25, 2011

buahan dan tumbuhan

jom kita layan pic buah2an dan tumbuhan2 yg ada .. agak2 bdk2 sekarang dah xkenal la pokok2 mcm ni .. aku pun xbpa kenal sgt tp tau la sikit.. boleh la kita kongsi ilmu ni.. layan..

cuba teka buah apa kah ini??? cepat2...

inilah buah staq . warnanya kuning nak oren . rasanya masam2 manis . sekarang susah sgt nak jumpa buah ni .



ini pula pucuk putat. sedap di makan dgn sambal belacan atau di buat kerabu ...

buah sawa atau buah ciku . warnanya koko . rasanya manis ...


ini buah salak .. rasanya manis2 kelat .



ini plak buah putat . sedap gak buah ni klu di buat sambal . rasanya nak mcm buah petai pun ada . tp xberbau mcm petai . buat plak sambal ngan udang .. pehhh .. sedap ...


ini plak bunga putat . sebelum jd buah mesti la ada bunga ...


sirih?? no..no... ini bukan daun sirih . ini daun kaduk . rupanya mmg mcm sirih tp xsama . rasanya pun xsama . daun kaduk sedap kalau di buat ulam atau kerabu .

ini bunga kantan. biasa org msk asam pedam mesti letak bunga kantan ni . satu lagi laksa utara . klu xda bunga kantan ni x cau la laksa tu ..

pokok pisang . yg color hijau tu pisang . yg color merah tu jantung pisang . pisang pun ada jantung gak . ingat manusia saja ka yg ada jantung . jantung pisang pun boleh di buat kerabu .

mesti korang suma biasa makan ketupat pulut kan?? ha.. inilah pokoknya .. pokok palas . org biasa amik daunnya . tp bukan yg dah terbuka mcm tu , kena amik yg xterbuka lagi . kemudian di buka dan di jemur sblm di masukkan pulut .

ini bunga salak .. kena kacuk bunga janta n bunga betina ....



daun pandan . ini boleh di jadikan aroma terapi . aku slalu amik n letak dlm rumah . mmg wangi rumah . atau kadang2 masak air daun pandan utk di minum .


ini pucuk ubi kayu . ubi kayu ada dlm tanah sbb xkorek lagi .. pucuk ini sesuai di buat ulam dan sayur lemak .


daun asin-asin... di buat sayur air ngan ubi keledek ..


buah limau bali . bukan bali , indonesia tp di belakang rumah mertua ku . hehehhe ... nama ja limau bali . rasanya masam2 manis . sedap di makan dgn garam atau garam belacan atau kuah rojak ...

pokok nenas .. sedap di buat jem, jus , atau gulai ikan talang ...


pokok ini very2 special.. budak2 skrg aku xtau la tau @ x ttg pokok ni . inilah pokok kapas malaysia . hahahahah .. (aku yg bg nama) . ni pokok kabu .. tinggi pokoknya .. buahnya org amik dan di buat bantal tido ...


ini pokoknya ... pokok kabu ..

dah penat2 cerita ni jom layan buah salak kat bawah pokok...

Tuesday, February 8, 2011

kerabu putat






bahan-bahannya


5 ekor ikan kembung direbus dan di ambil isinya
perahan jus limau kasturi
1 biji bawang besar di hiris halus
daun putat
1 cawan kelapa parut
10 tangkal cili kering*
1 inci belacan*
garam dan gula secukupnya

cara-caranya

cili kering dan belacan di kisar bersama.
asingkan isi ikan dari tulang.
Satukan bahan yg kisar bersama kelapa parut putih dan gaul rata kemudian masukkan daun ptutat dan bawang besar hiris, gaul hingga semua mesra.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan hidangkan segera...sedap dimakan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan.......
gaulkan ke semua bahan2 .

Tuesday, February 1, 2011

hakikat cinta



walaupun pendek tp ia cukup terkesan di dlm hati ... cinta pada yg berhak menerima cinta .

perbezan sebelum dgn selepas kawin

lamanya aku xtulis apa2 slm blog ni... dah makin usang ghupanya .. huhuhu... very2 the bizi la . byk nyer klu nak citer . dulu sorg sekarag dah berdua . dulu bujang sekarang dah kawin.. pic kawin , pic honeymoon suma xsmpt nak upload n story dlm sini . alih2 dah hampir 5bln dah kawin . mcm2 perubahan dah .

dulu duduk nan parents skrg dah duduk umah sendiri . dulu kerja jln kaki skrg kerja drive sendiri. dulu boleh mengelat skrg x boleh . dulu kuar jln2 minta permission parents skrg kena minta permission hubby . dulu bgn tido kul 6.00pg skrg bgn pg kul4.00pg . dulu tido kul 1.30pg skrg tido kul 12.00tgh mlm . time free ja tgk tv mengadap internet skrg tlg hubby d kebun sayur . dulu masak time weekend ja skrg kena masak hari2 . dulu baju basuh seminggu sekali skrg tiap2 hari .

beza .. mmg berbeza ... mcm2 perbezaan dan perubahan dalam kehidupan aku skrg ni ..

syukur alhamdulillah byk yg aku blajar ttg kehidupan ini ...

terima kasih ya Allah atas kurniaanMU memberikan suami yg terlalu baik buat diriku ini ... semoga perkawinan kami kekal sehingga akhir hayat . doaku semoga aku dapat mejadi isteri yg solehah buat suami tercinta shafaril iswandi b mohamad ...